Cabul Anak Jiran Umur 4 Tahun Waktu Subuh, Lelaki 45 Tahun Ditahan

13 Sep 2023 • 5:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jiran sanggup mencabul anak jiran berusia 4 tahun

Cabul Anak Jiran Umur 4 Tahun Waktu Subuh, Lelaki 45 Tahun Ditahan. Seorang lelaki berusia 45 tahun dilaporkan mencabul anak jirannya yang berusia empat tahun telah dicekup pihak polis, pada Ahad lalu.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din menyatakan bahawa budak perempuan itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku di dalam rumahnya pada pukul 6.30 pagi.

Bukan itu sahaja, dipercayai kejadian keji itu berlaku sewaktu mangsa sedang tidur di dalam rumahnya.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: sinarharian

Mangsa mengadu dengan kakaknya

“Mangsa kemudiannya telah mengadu perbuatan suspek kepada salah seorang kakaknya sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.

“Suspek kemudiannya berjaya dikesan sebelum ditahan di tepi jalan di Kampung Manir, di sini, pada pukul 6.30 petang kelmarin,” ujarnya menerusi sumber.

Suspek disyaki positif dadah

Bahkan, Abdul Rahim menyatakan bahawa ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: the star

Difahamkan, lelaki itu telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan pihak polis mengenai perkara tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: