Cabul isteri tahanan, pegawai narkotik disiasat

LocalPolitics
18 Dec 2025 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusoff (dua dari kanan) ketika sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU – Seorang pegawai narkotik disiasat atas kesalahan mencabul isteri seorang tahanan di Pasir Mas pada minggu lalu

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pegawai berkenaan berusia 30-an manakala wanita terbabit pula 20-an.

“Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Menurut Mohd Yusoff, wanita terbabit dikatakan berjumpa dengan pegawai tersebut berkaitan urusan suaminya yang ditahan akibat kes dadah.

Ujarnya, kejadian itu berlaku dalam sebuah kereta pada sekitar jam 9 malam.

"Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved