Cabul Wanita Atas Tangga, Suspek Kurang Siuman Positif Dadah Ditahan Polis

27 Jun 2023 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular mengenai kejadian cabul terhadap seorang wanita oleh seorang lelaki kurang siuman di sebuah tangga premis kedai, Tuaran Sabah.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menjadi tular di media sosial memaparkan tindakan suspek menyerang wanita terbabit.

Kes cabul

image is not available

Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat menyerang dari arah belakang dan mula meraba mangsa. Wanita tersebut meronta-ronta meminta untuk melepaskan diri namun dipeluk erat oleh suspek.

Tak lama kemudian, suspek melepaskan mangsa sebelum beredar dari lokasi terbabit. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa geram dengan tindakan suspek itu.

image is not available

Suspek ditahan

image is not available
Kredit: Twitter

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Awang Maidi memaklumkan suspek kini ditahan dan hasil siasatan mendapati lelaki kurang siuman itu juga positif dadah.

Hasil siasatan mendapati, suspek berasal dari daerah Tuaran. Suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Dalam pada masa yang sama, pihaknya juga menerima tiga laporan berkaitan kes cabul oleh mangsa yang berbeza pada hari kejadian.

Kesemua mangsa membuat laporan dicabul oleh lelaki tidak dikenali antara pukul 1 tengah hari hingga 4 petang Ahad.

Selain cabul, suspek turut merampas beg tangan salah seorang mangsa dan melarikan wang tunai.

Kredit: Twitter | Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media