
SHAH ALAM, 5 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali berbanding 22 kali setahun yang diluluskan sebelum ini.
“Kita tidak ada kecenderungan mengutip dana haram, jadi hari saya ini saya sebagai Menteri Kewangan membatalkan keputusan cabutan khas perjudian,” katanya.
Pada Sept 2021, kerajaan ketika itu meluluskan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dari lapan kali kepada 22 kali.
-BERNAMA
The post Cabutan khas judi dikurang dari 22 kepada lapan kali mulai Januari appeared first on Selangorkini.

