Cacar monyet di Amerika Syarikat kini mencecah lebih 10,000 kes

12 Aug 2022 • 9:53 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

LOS ANGELES: Nampaknya wabak cacar monyet terus merisaukan masyarakat dunia apabila kini lebih 40 negara sudah merekodkan kes.

image is not available
Sumber: Reuters

Kerisauan ini berasas apabila di Amerika Syarikat angka kes sudah mencecah 10,392 berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), iaitu agensi kesihatan awam negara tersebut.

Berdasarkan data yang dikeluarkan CDC menunjukan bahawa 1,391 kes cacar monyet telah direkodkan pada hari Rabu. Ini merupakan kali pertama CDC melaporkan lebih 1,000 kes harian dicatatkan.

Kes yang dicatatkan dinegara itu masih menyumbang 30 peratus daripada jumlah jangkitan global iaitu 31,800 kes setakat ini, walaupun penduduk negara itu hanya di bawah 5% daripada populasi dunia.

Melihat kepada penularan luar biasa, kerajaan dibawah kepimpinan Biden pada Khamis lalu telah mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam.

Hal ini dibuat seminggu selepas WHO mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan global.

image is not available
Sumber: Global TImes

Dalam kalangan pengkritik mengatakan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat bertindak lambat dan tidak memenuhi permintaanuntuk vaksid disebabkan bilangan kes terus meningkat.

Dalam masa yang sama Senator California Scott Wiener berkata kerajaan persekutuan sepatutnya boleh menyimpan stok vaksin Jyneos yang merupakan vaksin cacar. Vaksin tersebut dikatakan terbukti berkesan untuk cacar monyet – Xinhua