Cacing hidup ditemukan dalam otak wanita di Australia

29 Aug 2023 • 10:21 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

CANBERRA - Doktor di Australia menemukan cacing parasit hidup dalam otak seorang wanita, penemuan pertama di dunia, lapor Xinhua.

Dalam kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa, penyelidik dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra memperincikan penemuan cacing gelang parasit itu.

Cacing gelang Ophidascaris robertsi yang masih hidup berukuran lapan sentimeter itu yang biasanya ditemukan dalam ular sawa, dikeluarkan daripada otak pesakit wanita berusia 64 tahun selepas pembedahan.

Dalam satu kenyataan, pakar penyakit berjangkit terkemuka ANU dan Hospital Canberra, Sanjaya Senanayake, berkata kes itu adalah yang pertama di dunia.

Pesakit telah dimasukkan ke hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Selepas pesakit itu mula mengalami kealpaan dan kemurungan pada 2022, seorang pakar bedah saraf di Hospital Canberra mengenal pasti kelainan pada lobus hadapan kanan otaknya melalui imbasan MRI.

Hipotesis kajian mengenal pasti bahawa pesakit itu mungkin dijangkiti sama ada telah menyentuh atau memakan rumput tempatan yang mengandungi parasit yang ditinggalkan oleh ular sawa.

Wanita itu kini masih dalam pemantauan oleh pakar penyakit berjangkit dan otak. - 29 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved