Cadang Hapus Duta Online KPKT, Zuraida Dakwa Kor Ming Dan Fahmi Tidak Faham Isu

LocalPolitics
19 Jun 2024 • 1:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil didakwa tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.

Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata kementerian tersebut mempunyai kelemahan jentera komunikasi dan ketiadaan mekanisma yang betul, lapor Sinar Harian.

Zuraida cadang hapus Duta Online KPKT

image is not available

Foto: Utusan

Menurutnya, kedua-dua kementerian itu terpaksa mencari alternatif lain bagi menangani kritikan masyarakat disebabkan kelemahan tersebut.

Pada 13 Jun lalu, KPKT telah melantik 200 Duta Online yang terdiri daripada kakitangan kementerian itu bagi menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat sahih serta polisi kerajaan secara efektif.

Fahmi pula berkata pasukan Duta Online yang ditubuhkan oleh KPKT tidak akan bertindih dengan jabatan-jabatan yang lain.

Zuraida juga berkata penjawat awam sedia ada menghadapi pertambahan pekerjaan disebabkan kelemahan itu sehingga mereka terpaksa bekerja selepas waktu pejabat dan seterusnya tidak dibayar.

image is not available

Foto: The Edge Malaysia

“Andaian saya benar apabila Kor Ming mahu penjawat awam bertindak sebagai ‘cybertrooper’ bagi menangani sebarang kritikan manakala Fahmi teruja mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan tiada pertindihan unit penerangan, tetapi hakikatnya jentera penerangan kerajaan yang lemah.

“Penjawat awam sedia ada yang terbeban dengan tugas di pejabat, kini terpaksa berhadapan dengan netizen setelah pulang ke rumah atau semasa cuti mereka semata-mata untuk menjawab persoalan rakyat di media sosial.

“Mereka perlu menilai semula tindakan atau kenyataan yang bakal dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mengumumkan sesuatu kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata inisiatif Duta Online KPKT juga mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan inisiatif ini didakwa ‘membuli’ penjawat awam di luar waktu bekerja disamping turut menganggu bidang tugas mereka.

Selain itu, Zuraida juga cadang agar Duta Online KPKT di hapus dan kementerian itu perlu menerima kritikan masyarakat untuk menyelesaikan masalah secara proaktif.

image is not available

Foto: The Malaysian Reserve

Ujarnya, Fahmi dan Kor Ming perlu menunaikan janji mereka sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mana mereka menjanjikan perubahan.

Katanya, Kor Ming dan Fahmi perlu bertanggungjawab untuk mengendalikan kedua-dua kementerian tersebut bagi memastikan pembangunan negara berada di landasan yang tepat.

“Jangan terlalu defensif dengan kritikan dan sekiranya ada berlaku elemen fitnah dalam kritikan rakyat, gunakan sahaja saluran perundangan yang betul.

“Gunakanlah peluang ini untuk melaksanakan reformasi yang dijanjikan oleh parti sebelum ini. Hargailah penjawat awam yang telah banyak berkorban demi pembangunan negara kita,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Farhana Abd Kadir)