Cadang wujud Jaksa Pendamai elak pemimpin UMNO merajuk

Politics
16 Jul 2024 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Afifi semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar di Dewan Dato' Ahmad Razali.

KLANG - Pemuda UMNO dicadang mewujudkan Jaksa Pendamai bagi memastikan tiada pemimpin mereka berasa tersisih, sebaliknya kekal menyumbang idea demi kebaikan dan pengukuhan parti pada masa depan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Afifi Aris berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti.

"Kita tidak boleh biarkan pemimpin (UMNO) yang tewas dalam pemilihan, tidak dapat jadi calon pilihan raya dan kalah dalam pilihan raya terus menyepi.

"Mereka ini ada jasa, tetapi disebabkan masalah- masalah tertentu dalam parti, mereka ini merajuk dan terus mendiamkan diri," katanya pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar di Dewan Dato' Ahmad Razali.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin.

Afifi berkata, Pemuda UMNO mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan pemimpin terbabit kembali dalam satu pasukan sekali gus memperkukuh dan memperkasa parti berkenaan.

"Siapa yang hendak mengambil tanggungjawab?. Sudah semestinya tugas Pemuda (UMNO) diberi tanggungjawab bagi mengembalikan mereka ini kepada UMNO," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved