
BEAUFORT: Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bercadang membangunkan semula penanaman padi sawah di kawasan itu tahun depan sebagai antara inisiatif menambah bekalan beras di Sabah.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, terdapat kira-kira 2,000 ekar keluasan sawah padi terbiar di kawasan itu yang berpotensi diaktifkan.
“Lebih kurang 2,000 ekar keluasan sawah padi di kawasan ini melibatkan beberapa kampung yang berpotensi, cuma ada beberapa keperluan perlu ditambah baik antaranya sistem pengairan.
“Kita akan menggunakan kaedah pertanian moden atau teknologi pintar alam usaha ini bagi penghasilan beras lebih produktif serta penggunaan benih padi berkualiti untuk hasil berganda.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya juga akan berbincang dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi merealisasikan perancangan ini,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Gerama, di sini, Isnin.
Ruslan turut menyambut baik Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang memperuntukan RM2.6 billion untuk memperkasa pertanian dan perikanan yang sekaligus dapat meningkatkan ekonomi petani dan nelayan.
Katanya, menerusi peruntukan itu, pelaksanaan pertanian moden atau pintar perlu diadaptasikan untuk penghasilan beras lebih besar sekaligus menjamin bekalan makanan negara.
“Penanaman padi di Sabah juga perlukan pembaharuan dalam aspek sama kerana penggunaan teknologi moden akan meningkatkan aktiviti penanaman lebih daripada dua kali setahun.
“Yang diperlukan adalah teknologi terkini untuk merealisasikannya bagi memudahkan aktiviti tanaman padi termasuk menaik taraf sistem saliran supaya lebih sistematik dan canggih.
“Justeru, konsep ini akan saya bawa bagi membangunkan semula tanaman padi sawah di Lumadan membabitkan jentera moden, gred benih padi lebih berkualiti serta sistem pengairan moden,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
