Cadangan buat akademi al-Quran di Sipitang

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 11:18 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah bercadang mewujudkan sebuah akademi al-Quran dan tarannum (AAT) bagi melahirkan lebih ramai qari dan qariah berkualiti di kawasan itu.

Beliau berkata, ia wajar kerana daerah itu memiliki ramai qari dan qariah yang berbakat besar dan berpotensi diketengahkan mewakili Sipitang untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada masa sama, kita boleh mencungkil bakat-bakat baru untuk diasah dari kalangan anak muda sebagai pelapis berkualiti untuk mengharumkan daerah ini di pentas lebih tinggi.

“Justeru, saya akan berbincang dengan Biro Dakwah bagi mencari jalan seperti dana dan sebagainya bagi merealisasikan usaha murni ini,” katanya selepas merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sipitang, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Seramai tujuh peserta masing-masing empat qari dan tiga qariah berentap di pusingan akhir Majlis Tilawah Al-Quran itu yang diadakan di Masjid Kampung Pelakat, di sini.

Dalam perkembangan lain, Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah) menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang semakin berleluasa di media sosial kebelakangan ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, situasi yang kemungkinan disebabkan ‘bahang’ pilihan raya negeri (PRN17) itu dikhuatiri akan memberi mudarat kepada masyarakat khususnya di Sabah seterusnya menjejaskan keharmonian.

“Justeru, saya nasihatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang informasi yang tidak jelas di media sosial bagi mengelak fitnah yang akhirnya merugikan kita sendiri.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); “Sebagai orang Islam kita percaya ini adalah situasi akhir zaman dan fitnah itu akan berleluasa namun yang penting kita jaga hati khususnya ‘qolbu’ agar sentiasa bersih dengan bersikap ‘husnuzon’,” tegasnya.