
Kota Kinabalu: Persatuan Pengurusan Bersepadu Makhluk Perosak Sabah (SIPMA) membuat kunjungan hormat ke Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Sabah, baru-baru ini, untuk mengemukakan cadangan mereka untuk memartabatkan industri pengurusan makhluk perosak di Sabah.
Pengerusi SIPMA Mervin Liew yang mengetuai rombongan persatuan berkata, misi persatuan adalah untuk mempromosi dan memajukan industri pengurusan makhluk perosak di Sabah dengan memberi tumpuan kepada penetapan piawaian antarabangsa, pendidikan, latihan, advokasi, kesedaran awam, kesihatan dan keselamatan awam, kesejahteraan masyarakat, penyelidikan, inovasi, rangkaian luas dan pematuhan undang-undang yang lebih baik serta beretika.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Sabah, Salmah Labulla berkata pihaknya mengalu-alukan semua cadangan SIPMA yang boleh memartabatkan industri pengurusan makhluk perosak di Sabah.
Sambil mengucapkan terima kasih atas kunjungan itu, beliau juga berharap SIPMA dapat memainkan peranannya serta dapat meningkatkan imej serta kualiti perkhidmatan kerja, khususnya di Sabah.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Turut hadir, Bendahari SIPMA, Dennis Chong; Pengarah SIPMA, Azim Jamaluddin dan Mislan Mingun; serta Setiausaha Gary Lubasah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
