
KUNAK: Ketua Pemuda Umno Bahagian Lahad Datu yang juga Exco Pemuda BN pusat, Dato’ Sri Anil Sandhu menggesa kerajaan negeri agar mempertimbang cadangan untuk membina Pelabuhan bersepadu di Kunak sebagai usaha merangsang pembangunan ekonomi di daerah itu khususnya di pantai timur Sabah, selain membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.
Anil berkata, kedudukan strategik daerah Kunak yang terletak di tengah-tengah antara tiga bandar dan pekan utama di pantai timur iaitu Lahad Datu, Semporna dan Tawau tentunya membantu merancakkan lagi potensi pembangunan yang sepatutnya diberi perhatian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pelabuhan bersepadu jika dibangunkan di sini sangat bertepatan dengan beberapa faktor yang boleh dijadikan panduan kearah merealisasikan matlamat itu.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang melalui jajaran di Kunak juga dilihat menjadi pemangkin kepada transformasi jaringan lalulintas yang lebih pantas di masa depan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurutnya, beliau maklum perkara itu (cadangan pelabuhan bersepadu) pernah dibincangkan pada tahun 2015/16 untuk diwujudkan di daerah Kunak tetapi usaha itu terbantut apabila berlaku peralihan kerajaan.
“Kedudukan daerah Kunak lebih strategik, berdekatan Semporna serta daerah lain di pantai timur. Kunak mempunyai kedalaman laut yang lebih sesuai untuk pembinaan pelabuhan bersepadu dan industri perkapalan untuk operasi kapal-kapal besar (kargo),” katanya menambah ketika ini Pelabuhan Kunak yang sedia ada antara lain memangkin pertumbuhan bagi industri pengeksportan produk-produk hiliran seperti minyak masak, dan minyak sawit mentah (CPO) ke luar negara.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Berbanding daerah Semporna yang ketika ini keadaan infrastruktur jalan rayanya yang kurang memadai untuk menampung aliran trafik berat dan sempit, kepadatan penduduk yang tinggi boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan ketidakseimbangan pembangunan.
“Fenomena over-tourism di Semporna ketika ini sudah memberi tekanan kepada ekosistem dan persekitaran setempat,” katanya dalam kenyataan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jika cadangan pelabuhan bersepadu di Kunak diberi pertimbangan, potensi ekonomi daerah dan sekitarnya dapat dimanfaatkan selain merancakkan pertumbuhan industri dan perniagaan tempatan.
“Saya sebagai anak jati di Kunak berharap kerajaan negeri Sabah boleh mempertimbang cadangan ini dengan serius demi kepentingan jangka panjang. Pembangunan pelabuhan bersepadu juga dilihat dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi daerah Kunak,” katanya.


