Cadangan pindaan AUKU secara dasar dilulus Kabinet

27 Jun 2023 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Cadangan pindaan dua peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 secara dasarnya telah mendapat kelulusan Kabinet Persekutuan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini pihak kementerian sedang membuat draf pindaan Rang Undang-Undang (RUU) AUKU bagi membolehkan pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Kita kena lalui beberapa proses bagi memastikan draf undang-undang itu menepati apa yang telah diluluskan. Kita kena bawa kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudian bentangkan di Kabinet.

“Selepas Kabinet luluskan baru kita akan bentang di Parlimen. Tetapi, secara dasarnya ia telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar Alumni (MAHEPA) ke-24 Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Ahad.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Menurut beliau, sebaik sahaja draf pindaan AUKU itu siap, kementerian akan terus membentangkannya. Namun, belum dapat dipastikan jika RUU pindaan AUKU itu boleh dibentangkan pada tahun ini atau tidak.

Katanya, pembentangan pindaan RUU AUKU bergantung kepada RUU dari kementerian lain yang perlu dibentangkan di Parlimen.

Pada April, Mohamed Khaled berkata, draf pindaan AUKU yang melibatkan dua peruntukan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada pertengahan bulan Jun.

Beliau berkata, pindaan akta itu akan memberi fokus kepada Seksyen 15 dan 16 iaitu peruntukan yang berkaitan dengan kebebasan pelajar.

Dalam pada itu, mengenai cadangan untuk memendekkan program pengajian di beberapa universiti, Khaled berkata, pelaksanaan program yang dipendekkan dari empat tahun kepada tiga tahun akan bermula pada kemasukan pelajar pada tahun ini.

“Namun, ia hanya melibatkan program yang pada perhitungan universiti boleh dipendekkan seperti program Sains Sukan dan Teknologi Maklumat (IT) kerana ramai graduan keluaran IT diperlukan oleh industri dengan kadar segera.

“Semua program yang dipendekkan telah melalui penilaian Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan kualiti masih terjamin. Itu sebabnya daripada beribu program, hanya 44 program sahaja dikenal pasti boleh dipendekkan,” katanya.

Bagaimanapun, program yang dipendekkan kepada tiga tahun itu tidak melibatkan UMS.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan anugerah utama kepada empat pemenang kluster khas individu membabitkan Anugerah Khas Kepimpinan Ibnu Ummu Maktum, Anugerah Khas Kepimpinan Pelajar Pascasiswazah, Anugerah Khas Kepimpinan Antarabangsa dan Anugerah Tokoh Mahasiswa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.