Cadangan pusat dialisis percuma bagi B40 Sabah

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2024 • 2:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Sebuah pusat dialisis yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk pesakit buah pinggang dari golongan kurang berkemampuan dan miskin akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun di Sabah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan itu kini dalam proses pihaknya bersama Pusat Zakat Sabah (PZS) membabitkan penyediaan keras kerja dan dokumen berkaitan.

“Usaha ini dilaksanakan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) melalui PZS bagi memenuhi amanah pembayar zakat, yang sudah tentu mahu wang zakat yang dibayar memberi manfaat kepada ummah.

“Buat permulaan ini, kita bersama PZS sedang membuat penilaian dari segi kedudukan bangunan, termasuk aspek pemilikan bangunan, dan selepas itu kita akan sampaikan kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Mohd Noor).

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kita jangkakan usaha murni ini direalisasikan dalam tempoh dua tahun sebaik semua keperluan berkaitan selesai dan Beaufort menjadi lokasi cadangan pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Fun Run’ anjuran Muis sempena Bulan Wakaf di Wisma Muis, di sini, Sabtu.

Ruslan berkata, kewujudan pusat dialisis itu amat diperlukan kerana insidens penghidap masalah buah pinggang di Sabah sangat kritikal, khususnya di Daerah Beaufort yang mencatatkan statistik tertinggi.

Menurutnya, pesakit buah pinggang terpaksa membelanjakan sehingga RM450 seminggu bagi mendapatkan rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu, yang sudah tentu tidak mampu dipenuhi golongan miskin.

“Pusat dialisis ini amat diperlukan kerana pesakit terpaksa membelanjakan RM150 untuk setiap rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Itu belum campur kos perjalanan.

“Bayangkan tiga kali seminggu mendapatkan rawatan mencecah RM450, maknanya sebulan mereka terpaksa membelanjakan RM1,350 yang sudah tentu amat membebankan pesakit dari golongan B40 dan miskin,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, projek itu diharap turut mendapat perhatian individu berkemampuan di bawah Program Wakaf dilaksanakan Muis, sekali gus merealisasikan impian pesakit buah pinggang terlibat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.