Cadangan Sesi Persekolah Tukar Pukul 8 Pagi, Ramai Netizen Sokong!

2 Feb 2023 • 4:01 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dek kerana rasa kasihan dan empati terhadap golongan guru, ibu bapa dan anak yang terpaksa bangun seawal 4.30 pagi bagi mengejar masa pembukaan sekolah pada pukul 7.30 pagi -- baru-baru ini ada cadangan agar Kerajaan memperhalusi penetapan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.

Cadangan yang disuarakan oleh Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad itu adalah selepas mengambil kira agar golongan tersebut mempunyai masa mencukupi bagi mengatur jadual perjalanan masing-masing.

image is not available

Namun siapa sangka cadangan tersebut ternyata mendapat banyak sokongan daripada majoriti pengguna maya yang mahukan supaya sesi persekolahan di Semenanjung dianjakkan sedikit daripada jam 7.30 pagi kepada 8 pagi.

image is not available

Undian yang dijalankan oleh Harian Metro mendapati setakat 3.30 petang tadi -- sebanyak 57.2 peratus daripada 278 pengguna yang menyertai undian di Twitter bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi berkenaan manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju.

Pada masa sama, sebanyak 60 peratus daripada 735 pengguna Instagram menyokong cadangan itu dengan 40 peratus lagi tidak bersetuju.

image is not available

Sumber: Harian Metro