Cadangan Tapak Hospital Baharu Petaling Jaya Telah Dikenal Pasti - MB Selangor

LocalHealth & Fitness
15 Jul 2026 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Cadangan Tapak Hospital Baharu Petaling Jaya Telah Dikenal Pasti - MB Selangor

Cadangan Tapak Hospital Baharu Petaling Jaya Telah Dikenal Pasti - MB Selangor

Cadangan pembinaan sebuah hospital awam baharu di Petaling Jaya kini memasuki fasa penting apabila tapak projek berkenaan telah dikenal pasti untuk dibawa ke peringkat perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Tapak Hospital Petaling Jaya yang dipengerusikannya bersama semua agensi berkaitan.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, mesyuarat itu turut dihadiri wakil KKM, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta wakil daripada agensi dan jabatan berkaitan.

Menurut beliau, cadangan tapak bagi projek berkenaan telah dikenal pasti dan akan diangkat untuk perbincangan lanjut bersama KKM.

Baca juga:

Beliau berkata, proses pengambilalihan tapak akan dilaksanakan mengikut tatacara serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi membolehkan projek pembinaan hospital diteruskan.

Amirudin menyifatkan perkembangan itu sebagai satu langkah penting hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Selangor, KKM, MBPJ serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan keperluan kesihatan rakyat terus diberi keutamaan.

Menurutnya, hospital awam baharu itu amat diperlukan berikutan pertumbuhan pesat penduduk di daerah Petaling.

Katanya, pembinaan hospital tersebut dijangka dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada serta memenuhi keperluan penduduk untuk jangka panjang.

Dalam perkembangan sama, Taman Medan dikenal pasti sebagai lokasi pilihan utama bagi pembinaan hospital itu kerana mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi selain akses yang lebih mudah kepada masyarakat setempat.

Ujarnya, satu lagi lokasi yang turut dipertimbangkan ialah di SS8, Kelana Jaya, membabitkan tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekiranya terdapat kekangan terhadap cadangan tapak di Taman Medan.

Kedua-dua lokasi berkenaan mempunyai keluasan yang hampir sama, iaitu antara 10 hingga 15 ekar.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri komited untuk terus memudah cara segala urusan di bawah bidang kuasa negeri bagi memastikan projek berkenaan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mampu merealisasikan pembinaan Hospital Petaling Jaya demi manfaat jutaan penduduk di daerah berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved