Cadbury lancar coklat kolaborasi unik Dairy Milk x Lotus Biscoff

Business & Finance
6 Aug 2026 • 3:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cadbury lancar coklat kolaborasi unik Dairy Milk x Lotus Biscoff

PETALING JAYA: Mondelēz International memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan makanan dan inovasi serantau menerusi pelancaran rangkaian Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff, sekali gus menjadikan negara ini sebagai pasaran pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan kolaborasi dua jenama ikonik global tersebut.

Kolaborasi antara Mondelēz International dan Lotus Bakeries itu menggabungkan coklat susu Cadbury Dairy Milk yang terkenal dengan teksturnya yang lembut bersama kerangupan biskut Lotus Biscoff berperisa karamel, selepas menerima sambutan menggalakkan di United Kingdom dan Australia.

Lebih signifikan, setiap bar Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff dihasilkan di kilang Cadbury di Shah Alam, sekali gus membuktikan keupayaan sektor pembuatan makanan Malaysia memenuhi piawaian antarabangsa serta menyokong pembangunan produk untuk pasaran global.

Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura, Mondelēz International, See Mei Sin berkata, kolaborasi itu bukan sahaja menawarkan pengalaman rasa baharu kepada pengguna, malah mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh hubungan bersama pengguna melalui inovasi produk.

“Gabungan coklat susu Cadbury Dairy Milk dan biskut Biscoff berperisa karamel menghasilkan padanan yang begitu serasi. 

“Kami juga berbangga kerana setiap bar coklat ini dihasilkan di Malaysia, sekali gus menunjukkan kemampuan negara dalam menghasilkan produk bertaraf dunia,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini hari ini.

Menurut beliau, pelancaran tersebut dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai antara pusat pengeluaran utama Mondelēz International di rantau ini, selain menyokong pembangunan rantaian bekalan serta industri makanan tempatan.

Biscoff yang semakin popular dalam pelbagai hidangan kafe, pencuci mulut dan kandungan media sosial turut menjadi faktor utama kolaborasi itu diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin cenderung mencuba kombinasi perisa baharu.

Pelancaran produk berkenaan turut diadakan sempena sambutan Hari Persahabatan Sedunia menerusi penganjuran acara interaktif di The Starhill Kuala Lumpur yang menawarkan sesi mencuba produk, aktiviti bersama pengunjung serta pelbagai pengalaman yang menggalakkan interaksi sosial.

Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff ditawarkan dalam pelbagai saiz pek bagi memenuhi keperluan pengguna sama ada untuk dinikmati sendiri, ketika dalam perjalanan atau dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Produk itu kini boleh didapati di pasar raya utama, kedai serbaneka terpilih di seluruh negara serta secara eksklusif menerusi platform TikTok Shop Cadbury Dairy Milk Malaysia.-UTUSAN

 

The post Cadbury lancar coklat kolaborasi unik Dairy Milk x Lotus Biscoff appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved