Cairan keju atas bebola daging memang buat kecur air liur. Ini cara senang nak buat

Cooking
8 Oct 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAIN daripada bebola ayam, bebola daging juga merupakan salah satu makanan kegemaran anak-anak.

Boleh dikatakan setiap kali pergi ke restoran yang ada menjual hidangan itu, sudah tentu si kecil akan memesan sajian berkenaan.

Sekali-sekala apa salahnya, bukan?

Apa kata pada hujung minggu ini, para ibu ambil peluang dengan menyediakan resipi Bebola Daging Berkeju Dengan Sos Karbonara.

SinarPlus merujuk perkongsian seorang pengguna sosial media, Facebook, Tengku Roselyza Raja Muhammad yang menyediakan menu itu dengan cara sangat ringkas dan mudah.

Gerenti anak-anak jilat jari menikmati kelazatan rasa lemak berkrim dengan limpahan keju.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

500g bebola daging
1 tin Prego Carbonara Mushroom
1 kotak besar susu segar
Keju mozzarella
6 kepingan keju
Serbuk lada hitam
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 biji bawang Holland (dihiris kasar)
Serbuk oregano
Minyak jagung

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak jagung dan goreng bawang bersama bebola daging sehingga masak, kemudian ketepikan sebentar.
2. Masukkan susu, pes Prego Carbonara Mushroom dan sedikit serbuk lada hitam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan bahan yang telah digoreng ke dalam bekas aluminium.
4. Seterusnya, tuang bancuhan sos yang telah dimasak itu ke dalam bekas yang berisi bebola daging.
5. Kemudian, letakkan dua kepingan keju di atasnya dan taburkan keju mozzarella dan oregano.
6. Panaskan ketuhar dan bakar dengan tetapan suhu atas bawah, 180 darjah Celsius.
7. Akhir sekali, siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tak susah pun nak masak menu itu, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

Lagi satu, lebih baik masak sendiri, kalau makan di restoran, harganya memang mahal.

Anak-anak pun boleh tambah berkali-kali.

Sudah tentu mereka akan lebih menghargai air tangan ibu kerana sudi menyediakan makanan kegemaran. Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

View Original Article