Caj parkir ‘Rizab’ RM300 sebulan bermula 1 Apr

LocalPolitics
30 Mar 2025 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Caj tempat letak kereta “Rizab” di Sandakan akan dikurangkan daripada RM500 kepada RM300 sebulan, berkuat kuasa 1 April ini.

Keputusan ini dibuat oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selepas menerima banyak aduan orang awam dan peniaga di daerah ini, yang menganggap kadar caj sedia ada terlalu tinggi, terutamanya mereka yang memiliki pejabat di pusat bandar dan kawasan sekitar.

Presiden MPS Walter Kenson menjelaskan, pengurangan caj ini adalah hasil kajian serta perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan Persatuan Perniagaan Cina Sandakan.

Menurut beliau, aduan yang diterima dibincangkan secara menyeluruh, dan keputusan untuk mengurangkan caj ini dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Seragam (Peruntukan Tempat Letak Kereta) 2023 yang diwartakan pada 25 Januari 2024 oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

“Undang-undang kecil ini sebelum ini menetapkan kadar caj RM500 sebulan di bawah kategori Zon A bagi kawasan MPS, namun selepas mempertimbangkan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat, pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk mengurangkannya kepada RM300 sebulan mulai April tahun depan.

“Pengurangan kadar caj ini diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk dan perniagaan tempatan yang bergantung kepada kemudahan tempat letak kereta berbayar di kawasan bandar,” katanya dalam sidang media, Sabtu.

View Original Article