Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching

21 Jan 2024 • 3:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Caj SST 6% kini dikenakan di parking Vivacity

Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching. Buat warga Kuching yang ingin ke Vivacity, dimaklumkan bahawa bayaran ruangan tempat letak kereta di pusat membeli belah berkenaan akan dikenakan caj servis berkuatkuasa 18 Januari 2024.

Hal ini telah diumumkan di Facebook Pay and Go di mana mereka mengesahkan terdapat kadar cukai SST sebanyak 6% bagi parking di pusat beli belah berkenaan.

image is not available
Caj Servis 6% Kini Dikenakan Untuk Ruangan Tempat Letak Kenderaan Di Vivacity Kuching

Keputusan dari pihak pengurusan Vivacity

Dalam kenyataan tersebut, keputusan ini telah dibuat sendiri oleh pihak pengurusan Vivacity Mall.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya berasa tidak puas hati dengan keputusan mengenakan caj SST kepada ruangan tempat letak kereta pusat beli belah ini.

Jadi apa pendapat anda dengan peningkatan kadar bayaran di ruangan tempat letak kenderaan di pusat beli belah ini? Kongsikan pendapat anda di media sosial kami.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/penerbangan-langsung-kuching-pontianak-akan-dimuktamadkan/

https://www.iloveborneo.my/uitm-biasiswa-penuh-b40-panduan-2024/