Cakna kebajikan, MBI peruntuk RM40,000 baik pulih rumah asnaf

27 Aug 2024 • 3:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA SELANGOR, 27 OGOS: Sebanyak RM40,000 diperuntuk Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk membaik pulih sebuah rumah asnaf di Kampung Permatang, di sini.

Ketua yayasan berkata peruntukan di bawah zakat wakalah MBI diharap memberi keselesaan kepada penghuninya sekali gus memastikan golongan asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah terus dibantu.

“Kita terima permohonan daripada ketua kampung sekitar Mac lalu untuk membaik pulih rumah yang sudah uzur milik Mohd Faizal Hussin yang juga salah seorang asnaf Lembaga Zakat Selangor.

“Alhamdulillah kerja membaik pulih tandas, baik pulih dapur, cat dinding, ganti bumbung dan memasang siling selesai. MBI komited membantu serta meringankan beban golongan memerlukan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

image is not available
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor melawat kediaman penerima sumbangan membaik pulih rumah di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 27 ogos 2024. HAFIZ OTHMAN

Ditemui ketika membuat lawatan ke rumah terbabit di Kampung Permatang di sini, Ahmad Azri berharap tuan rumah gembira dan berpuas hati dengan bantuan yang diberi.

“Kita berharap tuan rumah gembira dan dapat hidup dengan lebih selesa satu keluarga selepas kediaman mereka ini sudah dibaik pulih.

“MBI berusaha sedaya upaya untuk membantu keluarga asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah kerana kita ada dana zakat wakalah yang memang disedia bagi membantu golongan tersebut,” katanya.

image is not available
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor beramah mesra bersama penerima sumbangan membaik pulih rumah di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 27 ogos 2024. HAFIZ OTHMAN

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved