
PENYANYI Indonesia, Cakra Khan berkata dia ketika ini lebih memilih untuk fokus mengenai perjalanan karier seninya yang sudah diatur kemas.
Sekitar Julai lalu, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman mencipta sensasi apabila menyertai program pencarian bakat America’s Got Talent (AGT).
Namun, pada hujung bulan lalu, Cakra mengumumkan dia gagal ke separuh akhir program berkenaan.
Cakra dilihat enggan lagi memikirkan soal penyertaannya dalam AGT, sebaliknya dia menjelaskan tumpuannya kini cumalah dengan aktiviti seninya sebagai penyanyi.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Sekarang fokus saya adalah untuk pembikinan album saya yang akan datang dan juga perjalanan karier saya sendiri sebagai penyanyi.
“Apa yang ada di depan saya sekarang, itulah yang saya utamakan dulu,” katanya ketika ditanya adakah dia mempunyai perancangan untuk menyertai program realiti nyanyian lain selepas ini.
Pelantun lagu Kekasih Bayangan itu berkata demikian pada sidang media secara atas talian sempena konsert jelajah album “Another Journey: The Beginning” Rossa baru-baru ini.
Bintang Indonesia, Rossa akan membawa Cakra sebagai penyanyi undangan pada konsert berkenaan yang bakal diadakan di Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 8 Disember depan.
Sementara itu, Rossa pada sidang media sama berkata, dia berbangga dengan sahabatnya itu kerana berjaya memukau keempat-empat juri AGT, termasuk ketua juri Simon Cowell.
“Ketika Cakra menerima tawaran AGT, dia sudah memberitahu saya lebih awal. Walaupun dia sebenarnya adalah nama besar di Indonesia dan Malaysia, saya tahu Cakra seorang yang sentiasa ingin mencabar diri.
“Dia tanya nasihat saya sama ada perlukah tidak untuk ke US (Amerika Syarikat), saya beritahunya agar pergi saja kerana kami termasuk saya belum pernah menyanyi di hadapan mereka (juri AGT) dan orang di sana.
“Saya cukup gembira apabila dia mendapat maklum balas jujur daripada kesemua juri AGT yang bahkan memberikan ‘standing ovation’ kepada Cakra.
“Namun disebabkan kesibukannya (sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak dalam industri) dan beberapa hal teknikal yang mana pada akhirnya Cakra tidak dapat melanjutkan perjalannnya di AGT.
“Walau apa pun, saya tetap bangga dengan Cakra kerana dia berjaya menakluki dirinya sendiri ketika di atas pentas AGT dan kami semua di Indonesia sangat bangga dengannya,” kata Rossa.
Beralih mengenai persembahannya pada konsert Rossa di Kota Kinabalu pada 8 Disember nanti, Cakra teruja untuk kembali semula ke negeri ini.
“Saya sudah pernah membuat persembahan di Kota Kinabalu sebelum ini, jadi seperti Teh Ocha (Rossa) saya juga sangat excited (teruja) untuk memberikan persembahan yang istimewa pada konsert nanti.
“Untuk lagunya, biar rahsiah dulu. Dari segi persiapan, saya fokus kepada kesihatan dan penjagaan vokal memandangkan cuaca di Jakarta tidak berapa baik (disebabkan pencemaran udara).
“Oleh itu, saya lebih sering berada di rumah untuk mempersiapkan diri dan latihan agar dapat memberikan persembahan yang maksima nanti,” katanya.
Tambah penyanyi dengan vokal unik itu, dia turut teruja apabila dapat sekali lagi berada satu pentas dengan Rossa yang sudah dianggapnya seperti idolanya.
“Rossa sudah saya anggap seperti idola dan kakak saya. Dialah yang orang yang membawa saya ke Malaysia buat pertama kali. Saya masih ingat ketika saya membuat persembahan di Istana Budaya di hadapan audiens luar yang bukan dari Indonesia, jadi saya sangat nervous (gemuruh) dan terlalu bimbang akan melakukan kesilapan.
“Melihat saya gemuruh, dia memberikan saya galakan supaya tidak terlalu memikirkannya dan mengatakan kepada saya untuk menyanyi seperti biasa. Itulah momen yang paling saya ingati,” katanya.
[email protected]
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
