Cakra Khan terima ‘4 Yes’ di AGT, deretan artis Malaysia tumpang bangga

Music
19 Jul 2023 • 6:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan telah membuat kejutan apabila mengikuti program America Got’s Talent beberapa bulan yang lepas.

Mendapat ‘4 Yes’

Menerusi media sosial milik penyanyi bersuara serak-serak basah itu, dia telah memaklumkan yang episod ketika dirinya mengikuti saingan tersebut sudahpun ditayangkan.

Ternyata Cakra telah mendapat pujian melambung daripada barisan juri sehingga menerima ‘4 yes’.

Dapat standing ovation

Pemilik nama sebenar, Cakra Konta Paryaman itu telah membawakan lagu legenda Bob Marley berjudul No Woman, No Cry dan mendapat tepukan berdiri daripada keempat jurinya iaitu Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.

Bangga dengan anda!

Kejayaan pelantun lagu Kekasih Bayangan itu telah mendapat pujian ramai termasuklah deretan artis Malaysia yang ada di antaranya pernah bekerjasama dengan Cakra Khan dalam beberapa projek lagu.

Mereka mengucapkan tahniah dan akui bangga dengan kejayaan penyanyi tersebut. Mereka juga berdoa agar urusan Cakra dipermudahkan untuk ke tahap selanjutnya.

 

image is not available

image is not available

TokTi pun ucap tahniah

image is not available

Suara dia memang mantap!

image is not available

 

image is not available

 

Difahamkan, Cakra sempat menjawab soalan daripada juri yang bertanyakan perihal wang kemenangan jika dia menjuarai program tersebut.

Ujarnya, dia mahu membina rumah perlindungan haiwan dan ternyata berdiri di pentas besar seperti di AGT adalah impian bapanya yang mahu melihat Cakra berada di situ.

Terdahulu, seorang lagi penyanyi dari Indonesia, Puteri Ariani turut berada di pentas program hebat itu dan mendapat golden buzzer daripada pihak juri.

Sudah tentu kejayaannya telah membuatkan rakyat negara seberang begitu bangga lebih-lebih lagi video nyanyiannya ditonton puluhan negara.

Sumber: Instagram Cakra Khan