Call of Duty: Black Ops 6 Diharamkan Di Kuwait

TechnologyGamingDigital
18 Oct 2024 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setiap tahun permainan dalam siri Call of Duty dinantikan peminat dengan jualannya menjana ratusan juta untuk Activision. Call of Duty: Black Ops 6 ialah permainan paling baharu dengan ia akan dilancarkan pada 25 Oktober depan. Jika anda kini tinggal di Kuwait, berita buruk ialah permainan ini telahpun diharamkan.

Call of Duty: Black Ops 6 tidak menerima kebenaran untuk dijual di negara teluk tanpa sebab-sebab diberikan. Tetapi ia mungkin kerana plot permainan Black Ops 6 menyentuh insiden Perang Teluk 1990 dimana Kuwait diserang oleh Iraq. Dalam treler yang diterbitkan, beberapa babak memaparkan Saddam Hussein dapat dilihat dengan jelas.

Semua pembeli yang melakukan pratempahan akan menerima semula wang mereka. Activision masih berharap pemerintah Kuwai akan mempertimbangkan kembali dan mengizinkan pemain dilancarkan supaya boleh dinikmati peminat di negara tersebut.

Walaupun Perang Teluk sudah berakhir 33 tahun yang lalu, ia mungkin masih lagi dilihat sebagai topik. yang sensitif bagi warga Kuwait. Lebih 1000 warga Kuwait dibunuh dengan 600 lagi masih lagi hilang sehingga ke hari ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved