Calon BN tepis dakwaan tiada pembangunan di Pelangai

Politics
29 Sep 2023 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amizar (dua dari kiri) ketika menyantuni penduduk di Kampung Chemomoi pada Jumaat.

image is not available
Amizar menunggang motosikal bersama jentera parti ketika menyantuni penduduk di Kampung Chemomoi, pada Jumaat.

BENTONG - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam menepis dakwaan tiada pembangunan yang dibawa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Menurutnya, dakwaan itu disifatkan dibawa oleh orang luar yang tidak mengetahui pembangunan yang ada di kawasan DUN berkenaan.

"Kadang orang yang cakap itu orang luar, macam hari ini saya datang ke Chemomoi sendiri, rumahnya, jalannya, sebaik begini boleh terkejut.

"Kalau orang kampung mereka tahu apa yang kita buat daripada sekolahnya, pasarnya tapi tak boleh sama dengan Kuala Lumpur, ada gaya sendiri... gaya Felda, gaya kampung," ujar Amizar.

**media[2364875]**

Beliau ditemui selepas tinjauan mesra dari rumah ke rumah di Kampung Chemomoi, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga optimis pengundi pada akhirnya memilih berdasarkan prestasi bukan persepsi yang dilemparkan pihak lawan.

"Kerajaan negeri bawa prestasi, bukan persepsi. Penerimaan mereka bergantung kepada prestasi, persepsi tapi akhirnya mereka akan memilih prestasi baik daripada persepsi," tegas beliau lagi.

Sementara itu, Amizar mengakui semakin bersemangat untuk berkempen selepas memasuki hari ketujuh dan teruja untuk berjumpa pengundi seramai mungkin.

"Saya lihat sambutan dan penerimaan masyarakat yang sangat baik di Felda, kampung tradisi, semua Sama," tambah beliau.