Calon diingat kempen secara bersih, elak sentuh isu perkauman

10 Jul 2023 • 11:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 10 JULAI: Calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) diharap tidak menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sepanjang tempoh berkempen.

Sebaliknya, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata calon perlu berkempen secara bersih dan berhemah untuk meraih sokongan pengundi.

“Saya juga berharap calon setiap parti dan gabungan berkempen secara bersih dan berhemah serta elak berkempen dengan niat mengelirukan dan memecahbelahkan rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mengingatkan pengundi di Selangor untuk menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos nanti dengan memilih calon yang mempunyai prestasi baik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved