
KIMANIS: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM) P176 Kimanis, Amat MD Yusof, berikrar membantu kerusi parlimen dan rakyat memanfaatkan kekayaan sumber asli yang ada di kawasan itu bagi menambah pendapatan mereka, jika beliau dipilih.
Bertanding atas tiket Parti KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pendatang baharu itu berkata walaupun Kimanis mempunyai begitu banyak potensi daripada sumbernya, tidak ada rantaian nilai ekonomi yang boleh disertai rakyat untuk memperoleh kehidupan lebih baik.
“Salah satu kekayaan negara kita datang dari Kimanis, iaitu minyak dan gas. Tetapi sejauh mana ini telah memberi manfaat kepada rakyat?
