Calon PH bukan tangkap muat tetapi berwibawa, berpengalaman – Kor Ming

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 5:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang diketengahkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan dipilih secara ‘tangkap muat’, sebaliknya terdiri daripada individu yang berpengalaman serta mempunyai kredibiliti tinggi.

Calon berwibawa, berpengalaman

Image from: Calon PH bukan tangkap muat tetapi berwibawa, berpengalaman – Kor Ming

Memetik laporan MalaysiaGazette, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata, setiap calon telah melalui proses penilaian dan saringan yang teliti bagi memastikan mereka memiliki latar belakang serta rekod perkhidmatan yang baik sebelum ditawarkan kepada rakyat.

“Kita sebenarnya tidak memilih calon secara sembarangan. Kita hanya pilih calon yang berwibawa dan memang telah lama berkhidmat di kawasan tersebut.
“Calon-calon ini telah melalui pelbagai tapisan dan yang penting kita mahu menawarkan yang terbaik kepada Bangsa Johor kerana kita sayang Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, di sini, hari ini.

Image from: Calon PH bukan tangkap muat tetapi berwibawa, berpengalaman – Kor Ming

Foto: malaysiakini

Pada Selasa lalu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan senarai penuh calon gabungan itu yang akan bertanding dalam PRN Johor ke-16.

Mengulas pencalonan Kartiyaini di DUN Skudai, Kor Ming berkata, beliau bukanlah wajah baharu dalam aktiviti kemasyarakatan walaupun ini merupakan kali pertama diberi kepercayaan bertanding di kawasan kelahirannya.

“Beliau telah berkhidmat lebih 10 tahun di kawasan ini sebelum diberikan peluang untuk bertanding. Kita yakin beliau mampu membawa suara rakyat dan menjadi jambatan yang berkesan antara masyarakat setempat dengan Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, PH tampil menawarkan agenda perpaduan serta keharmonian kepada rakyat Johor dan yakin pendekatan itu mampu menarik sokongan pengundi selaras dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Artikel lain: Hamzah umum WAWASAN tak bertanding PRN Johor

Menurutnya, rakyat Johor diyakini akan membuat pilihan yang terbaik demi kepentingan negeri dan negara, selain terus mempertahankan amalan demokrasi melalui penyertaan dalam proses pilihan raya.

“Saya menyeru rakyat Johor termasuk mereka yang bekerja di Singapura supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian nanti.
“Kita mahu memilih kemakmuran, perpaduan dan keharmonian supaya Johor serta Malaysia terus maju dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara. Kita mahu menawarkan yang terbaik kepada Bangsa Johor kerana kita sayang Johor,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Zulhisham Isahak)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved