
Calon PhD UNIMAS, Ayman S.E. Abu Tair Terkorban Di Gaza
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan rasa dukacita memaklumkan pemergian seorang pelajar program kedoktoran, Ayman S. E. Abu Tair, yang terkorban dalam satu serangan udara di Gaza pada 27 Mei 2025.
Menurut kenyataan UNIMAS Global, Ayman maut selepas khemah yang didiaminya di Jalan 5, Al-Mawasi, terletak di sebelah barat Khan Younis, menjadi sasaran serangan tersebut.
Difahamkan, pada Februari tahun lalu, Ayman pernah menyuarakan hasrat kepada pihak UNIMAS Global untuk datang ke Malaysia dan menyambung pengajian secara fizikal di kampus.
Namun, hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan berikutan situasi konflik yang semakin meruncing di Palestin.
UNIMAS Global merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan serta seluruh komuniti akademik Palestin atas kehilangan ini.
Al-Fatihah.
https://www.facebook.com/photo?fbid=733234852979121&set=a.114250224877590
Sumber: UNIMAS Global
The post Calon PhD UNIMAS, Ayman S.E. Abu Tair Terkorban Di Gaza appeared first on Siakap Keli.



