Calon PM Thailand, Pita Limjaroenrat Positif COVID-19

21 Jun 2023 • 9:34 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pita Limjaroenrat - Gambar dari Facebook

BANGKOK - Calon perdana menteri Thailand, Pita Limjaroenrat disahkan dijangkiti COVID-19.

Pemimpin Parti Move Forward yang berusia 42 tahun itu giat bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara selepas parti berkenaan memperoleh kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu.

Menerusi akaun Twitternya @Pita_MFP, Pita memaklumkan yang beliau mengalami gejala COVID-19 pada Ahad.

Pita yang menerima enam dos vaksin COVID-19 disahkan positif selepas menjalani ujian menggunakan Kit Ujian Antigen (ATK) pada Selasa.

“Saya mengalami simptom ringan… Tolong izinkan saya mengasingkan diri di rumah dan menangguhkan semua aktiviti untuk mencegah penularan virus,” katanya. 

Beliau menggesa orang ramai yang menjadi kontak rapatnya sejak seminggu lalu supaya memantau kesihatan masing-masing. 

Susulan itu, mesyuarat gabungan pimpinan Move Forward yang dijadualkan berlangsung pada Khamis untuk membincangkan pembentukan kerajaan baharu akan ditunda ke minggu depan. - Bernama