Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub dilaporkan mengalami serangan kegelisahan (anxiety) ketika beratur untuk menduduki peperiksaan hari ini.
Pelajar alami anxiety

Foto: Kosmo! Online
Menurut laporan Kosmo! Online, pelajar tersebut, Lutfil Hadi Abdullah kelihatan menangis sambil duduk di kerusi menunggu untuk memasuki dewan peperiksaan dan ditenangkan oleh beberapa orang guru.
Insiden tersebut menarik perhatian Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Amzan Abd. Malek, yang turut membantu menenangkan pelajar berkenaan sebelum dia berjaya memasuki dewan peperiksaan.
Menurut sumber, pelajar tersebut sering mengalami masalah kegelisahan setiap kali menghadapi peperiksaan.
Walaupun menghadapi cabaran tersebut, pelajar yang dikenali sebagai berdisiplin ini masih mampu menjawab setiap peperiksaan dengan baik.
Artikel lain: Pakar Bahasa Bidas Cadangan Sarawak Laksana Kemasukan Universiti Tanpa Kepujian BM Dalam SPM
Amzan menyatakan harapannya agar kesemua 85 calon di sekolah tersebut serta semua calon SPM di seluruh negeri dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.
Beliau turut mengharapkan cuaca yang baik sepanjang tempoh peperiksaan SPM di negeri tersebut.
Menurut beliau, seramai 20,401 calon SPM telah memulakan peperiksaan bertulis di negeri Pahang bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.
Peperiksaan tersebut dijalankan di 259 pusat peperiksaan yang melibatkan 229 sekolah di seluruh negeri.
“Doakan yang baik untuk anak-anak kita dan semoga SPM Pahang lebih baik daripada tahun lepas, sama sama kira rasa ‘mood’ peperiksaan sampai 6 Februari,” ujar beliau.
Sumber: Kosmo! Online (Abdul Rashid Abdul Rahman)
The post Calon SPM ‘Anxiety’ Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan appeared first on Borak Daily.

