Calon SPM, Jaffan Al Qharezme Dilapor Hilang

4 Dec 2024 • 10:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Calon SPM, Jaffan Al Qharezme Dilapor Hilang

KUALA LUMPUR — Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil dilapor hilang selepas tidak pulang ke rumah sejurus sesi persekolahan tamat di Kepong sejak Selasa, petik Astro AWANI.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa mengesahkan kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.11 malam di Balai Polis Kepong oleh bapa mangsa.

“Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian sukan putih iaitu kemeja T sukan dan seluar tracksuit,” ujarnya.

Susulan itu, usaha mengesan mangsa sedang dijalankan selepas satu kertas siasatan telah dibuka mengikut kategori Orang Hilang.

Dalam pada itu, ibu mangsa Rozita Nordin, 49, turut memaklumkan bahawa anaknya itu tidak pulang sejak semalam.

“Tolong, kami sudah cari merata. Dia anak yang baik, bukan budak nakal, kami sekeluarga risau sangat,” ujarnya sewaktu ketika dihubungi Astro AWANI.

Difahamkan, mangsa kali terakhir dilihat oleh rakannya di sebuah stesen minyak di Segambut.

“Setiap hari saya hantar anak saya ini dan adiknya ke sekolah. Waktu pulang pula kami upah pemandu teksi yang sudah lama membantu mengambil anak saya sejak zaman abangnya lagi.

“Semalam pemandu teksi itu tunggu anak saya bersama adiknya, lebih sejam juga tunggu tapi Jaffan tidak keluar dari kawasan sekolah sebelum pakcik teksi ini hubungi saya untuk maklumkan.

“Saya sudah buntu, sangat risau dengan keselamatan anak saya ini sebab Jaffan tidak pernah keluar rumah seperti ini, dia bukan jenis banyak kawan, dia selalu ke surau, saya boleh katakan dia memang anak yang baik,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengesan remaja terbabit boleh menghubungi bapanya, Mohamad Jalil Mohamad Kasim di talian 012-2140209 atau ibunya, Rozita di talian 012-2345823.

Sumber: Astro AWANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved