Calon SPM ‘Stress’ Selalu Dipaksa Belajar, Nekad Tamatkan Riwayat Ibu & Abang Sebab Dendam – “Senjata Jumpa Dalam Beg Sekolah”

LocalFamily & Parenting
12 Jun 2025 • 6:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan berita, pihak polis mengesahkan bahawa seorang pelajar tingkatan lima merupakan suspek utama kes pembunuhan dua beranak yang berlaku di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, pagi Khamis.

Tertekan sering dipaksa belajar

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, suspek didakwa telah menikam ibunya sendiri yang berumur 51 tahun ketika sedang tidur di dalam bilik.

image is not available

Anak lelaki sulung mangsa (abang suspek) berusia 21 tahun, yang berlari membantu ibunya, turut ditikam. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.

Difahamkan, suspek turut cuba menamatkan riwayat adiknya berusia 13 tahun tetapi kini remaja tersebut sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka.

Pisau lipat jumpa dalam beg sekolah

Siasatan awal mendapati suspek menyimpan dendam terhadap si ibu kerana memaksanya untuk belajar bagi mencapai markah tinggi dalam peperiksaan.

image is not available

Jiran juga melaporkan sering mendengar pertengkaran antara suspek, ibunya dan adik-beradiknya. Kami menemui senjata dalam beg sekolah suspek di tempat kejadian. Apabila polis tiba, suspek sedang duduk di anjung rumah.

Suspek telah menggunakan pisau lipat berukuran 20 sentimeter dalam serangan tersebut pada jam 5 pagi dan pada mulanya suspek mendakwa pembunuhan tersebut merupakan hasil rompakan.

image is not available 2 months ago

Calon Gagal Semua Subjek SPM 2024 Meningkat, Tidak Fokus & Bekerja Waktu Malam Antara Puncanya