Calon UMNO mampu menang PRK Nenggiri

Politics
27 Jul 2024 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Khaled (dua dari kanan) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Calon UMNO dilihat mampu memenangi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sekiranya calon yang dipilih diterima umum dan mendapat kerjasama daripada semua bahagian lain.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya akan berusaha untuk memastikan kemenangan itu.

"Kita pun dah umum calon dan kita akan berusahalah uruskan untuk pastikan kejayaan pada parti.

"Saya percaya dalam setiap penyertaan kita akan berusaha pastikan kemenangan.

"Insya-ALLAH, kawasan itu pun merupakan kawasan UMNO dan saya percaya, ia merupakan peluang kepada penduduk untuk bagi mengatasi semua permasalahan yang wujud," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, pada Sabtu.

Untuk rekod, BN mempertaruhkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang merangkap Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon mereka di PRK DUN Nenggiri.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved