Calon Warisan di Sipitang tekad majukan sektor pertanian

Politics
9 Nov 2022 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Calon Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Adnan Puteh, bertekad untuk memajukan sektor pertanian sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Menurutnya, ini kerana bidang pertanian adalah sektor yang memberi pulangan menguntungkan dan meningkatkan sumber bekalan makanan yang menjadi keperluan kritikal penduduk dunia pada masa ini.

“Saya juga mengutamakan lebih ramai belia cakna dalam sektor pertanian, menguasai kemahiran, mengembangkan segala pontesi di mana akademik dan kemahiran belia seimbang.

“Saya juga akan berusaha agar rakyat dalam kawasan Parlimen P178 Sipitang dapat menikmati arus pembangunan serta membaiki keperluan rakyat terutama keperluan air bersih, jalan raya, komunikasi dan bekalan letrik yang banyak diadukan kepada saya,” katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya.

Kerusi Parlimen Sipitang menyaksikan pertarungan tiga penjuru di mana Adnan dicabar oleh Datuk Matbali Musah (GRS – Bersatu) dan Lahirul Latigu (PH-Amanah).

Kawasan Parlimen Sipitang merangkumi Sipitang dan Lumadan dengan jumlah pengundi berdaftar 45,871. Penyandangnya ialah Datuk Yamani Hafez Bin Musa (Bersatu). Beliau tidak tidak mempertahankan kerusi itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.