Caltex Malaysia umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri

Business & Finance
18 Apr 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. - Gambar hiasan

CALTEX Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri mungkin mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel bagi tempoh beberapa hari akan datang bermula semalam.

Dalam satu hantaran di Instagram, Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

Syarikat berkenaan menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya.

Ia menambah bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk memberi keutamaan kepada pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan.

Caltex turut memohon maaf berhubung segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran serta pemahaman mereka. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved