Cameron Highlands kini sejuk daripada biasa

LocalTravel
17 Jan 2025 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suhu di Cameron Highlands ketika ini sejuk daripada biasa susulan keadaan cuaca mendung dan hujan yang kerap berlaku di kawasan pusat peranginan itu. Foto 123rf. Gambar kecil: Chi Yang

image is not available
Cameron Highlands alami sejuk daripada kebiasaan. Foto ihsan Chi Yang

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Suhu di Cameron Highlands ketika ini sejuk daripada biasa susulan keadaan cuaca mendung dan hujan yang kerap berlaku di kawasan pusat peranginan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata, keadaan sejuk seperti ini sering terjadi setiap penghujung dan awal tahun.

"Sekarang memang sejuk berbanding sebelum ini. Faktor cuaca mendung dan kadang kala hujan amat mempengaruhi suhu di Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

**media[2971605]**

Semakan Sinar Harian melalui Google Weather mendapati kawasan tanah tinggi Cameron Highlands kini mencatatkan suhu sekitar 18°C.

Dalam pada itu, Chi Yang memaklumkan, jumlah pelancong ke kawasan tanah tinggi ini juga masih tidak ramai pada ketika ini.

“Pelancong sekarang tidak ramai lagi, tapi bila dah cuti, terutamanya Tahun Baharu Cina nanti, keadaan akan lebih meriah," katanya ringkas.