Campak Bintang nyanyian M. Nasir, Faizal Tahir tampil rentak muzik moden dan irama tradisional

30 May 2024 • 11:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua ikon muzik Malaysia, Datuk M. Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru ‘Campak Bintang’ terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd yang telah dilancarkan pada 3 Mei lalu.

Menerusi satu kenyataan, M. Nasir berkata, lagu tersebut merupakan satu manifestasi antara beliau dengan Faizal selain meluahkan rasa syukurnya terhadap generasi baharu dalam industri muzik.

Campak Bintang nyanyian M. Nasir, Faizal Tahir

image is not available

Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal Tahir dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya,” katanya.

Sementara itu, Luncai Emas memberitahu single terbaru nyanyian kedua-dua ikon muzik negara tersebut merupakan hasil ciptaan Faizal sendiri bersama Romeo, Glowrush dan juga Karim Karam.

image is not available

“Kolaborasi ini telah dilahirkan dengan kerjasama kedua-dua pihak. Syukur keatas hadrat Illahi dengan izinNya, maka sempurnalah satu lagi karya muzik dari dua penyanyi ikon muzik seperti M. Nasir dan Faizal Tahir,” ujarnya.

Faithful Music pula berkongsi mengenai pemilihan M. Nasir untuk berduet bersama Faizal adalah suatu perkara yang besar dan keputusan itu dilakukan secara perbincangan bersama.

“Kami merasakan kehadiran Datuk M. Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

image is not available

Menurut Faizal, ‘Campak Bintang’ adalah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga,” jelasnya.

Untuk makluman, single terbaru ‘Campak Bintang’ adalah sebuah karya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu, menggabungkan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.