Campak Kucing Jiran Dari Tingkat 15, Lelaki Ditahan Polis

19 Oct 2022 • 3:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Fakhruddin Abd Hamid - Gambar fail

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas mengaku mencampak tiga kucing milik jirannya dari tingkat 15 sebuah apartment di Jalan PJS 8/9, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abd Hamid, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada jam 9.37 malam kelmarin oleh saksi yang melihat kejadian.

“Bertindak atas laporan, polis telah ke lokasi dan menahan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan yang menyewa sebuah unit di apartment tersebut.

“Polis turut menemui tiga ekor kucing yang tidak bernyawa bersama suspek,” katanya hari ini.

Menurut beliau, suspek yang berusia 48 tahun mengaku terlibat dalam kes yang disiasat.

“Suspek akan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2022