Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau

22 Nov 2023 • 5:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Camping site untuk anda cuba!

Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau. Jika anda ingin mencuba berkhemah di atas gunung, anda boleh mempertimbangkan Bung Shiroh Village Stay yang terletak di Kampung Sapit.

Sambil di sini, anda boleh juga membuat pendakian ke Malindo Summit 144 di Padawan Highland untuk menikmati matahari terbit!

image is not available
Camping Di Atas Gunung, Bung Shiroh Village Stay Menawarkan Pemandangan Memukau

Menyediakan kemudahan yang cukup selesa!

Jika anda mencari pengalaman berkhemah yang selesa, tempat ini menawarkan kemudahan yang boleh menampung keselesaan anda! Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan mini dan 3 buah tanju untuk mereka yang ingin berkhemah, serta rumah kayu yang mempunyai dapur yang lengkap!

image is not available
Kredit foto: Facebook

image is not available
Kredit foto: Facebook

Risau tentang elektrik? Tenaga suria digunakan di sini supaya anda juga boleh mengecas peranti elektronik anda! It gets even better: anda akan mempunyai akses kepada dua tandas dan bilik mandi serta air tawar dari pergunungan yang dibekalkan daripada paip.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Dan apakah pengalaman berkhemah jika tiada BBQ? Jangan risau, tong dram BBQ pun dibekalkan – betapa mudahnya!

Anda akan menikmati pemandangan yang sungguh indah ketika di sini dan anda juga boleh mendaki ke Malindo Summit 144 untuk melihat matahari terbit! Jika anda tidak berminat untuk mendaki ke puncak, anda juga boleh bersantai di salah satu air terjun berdekatan.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Untuk pergi ke sini, anda boleh menghubungi Jessing Awos di 0138167458 untuk menempah slot anda. Anda dicadangkan untuk melawat antara hari Isnin ke Jumaat kerana Sabtu dan Ahad selalunya penuh, jadi plan your trip ahead!

Lagi di sini:

https://www.iloveborneo.my/sungai-berwarna-merah-di-balung-lost-world/

https://www.iloveborneo.my/aktiviti-atv-kundasang-bukit-sosodikon/