Campuran kulit telur dan serbuk kopi terpakai, pokok subur tanpa guna baja kimia

Environment
14 Nov 2022 • 10:53 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KULIT telur biasanya dibuang sahaja selepas digunakan. Namun tahukah anda, ia sebenarnya mampu menjadikan pokok yang tanam hidup subur. Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat sekali gus berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.

Kepada yang memasak menggunakan telur sebagai bahan, selepas ini jangan sesekali membuang kulitnya ya!

Kumpul di dalam satu bekas dan gunakan sebagai baja tanaman. Bukan sahaja dapat menjimatkan belanja, penggunaan bahan daripada kulit telur sebagai baja juga lebih selamat untuk kesihatan dan juga persekitaran.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Emi Zurayni Lot menunjukkan cara-cara membuat baja daripada kulit telur. Sangat mudah dan praktikal. Hasilnya pokok yang ditanam lebih subur.

“Saya mula mengumpul kulit telur selepas membaca artikel mengenai keberkesanan kulit telur diguna sebagai baja. Ia sebagai baja dan cara mengawal perosak organik. Saya gunakan kulit telur bersama serbuk kopi terpakai,” kongsi Emi.

image is not available

 

Berikut dikongsikan diperlukan untuk membuat baja daripada kulit telur.

1-Kulit telur
2-Serbuk kopi terpakai

Langkah demi langkah

1.Mula-mula tumbuk kulit telur yang dikumpul dengan menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk halus.

2. Gaulkan bersama serbuk kopi yang sudah dipakai.

3. Masukkan ke dalam botol dan bolehlah digunakan sebagai baja pada pokok-pokok tanaman anda.

4. Taburkan pada bahagian tanah (pangkal pokok).

image is not available

KELEBIHAN BAJA KULIT TELUR UNTUK TANAMAN

– Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot (busuk dihujung bunga atau buah)

– Kulit telur tidak mengandungi bahan yang tidak memberi kesan berbahaya kepada alam seperti sesetengah baja kimia.

– Kalsium penting untuk membina ‘tulang’ iaitu dahan yang sihat pada dinding sel tumbuhan.

– Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article