Canalys kini telah mengeluarkan data analisis terbaru berkaitan penjualan masuk telefon pintar pada suku ketiga 2024, melibatkan jenama telefon di Malaysia. Melalui data yang dikongsikan Canalys, Oppo menduduki tangga pertama dari segi penghantaran masuk stok ke Malaysia, dengan pegangan pasaran 16%.

Menduduki tangga kedua adalah Samsung dengan pegangan 13%, dan Xiaomi di tangga ketiga dengan pegangan 13% juga. Di tangga ke-4 adalah Transsion yang terkenal dengan jenama Infinix dan Tecno. Menariknya, mereka juga mempunyai pegangan pasaran sebanyak 13% di Malaysia untuk tempoh berkenaan. Realme pula menduduki tangga ke-5 dengan pegangan 12%. Perbezaan pegangan pasaran antara kelima-lima jenama ini adalah tidak jauh beza. Kelima-lima jenama ini turut memegang 67% jumlah pasaran kemasukkan peranti pada tempoh suku ketiga 2024 di Malaysia.
Jenama Oppo, Transsion dan Realme memperlihatkan peningkatan, sementara Samsung dan Xiaomi dilihat kehilangan sedikit pegangan pasaran berbanding tahun lepas. Transsion memperlihatkan peningkatan paling tinggi berbanding tahun lepas – berkemungkinan kerana penawaran peranti mereka pada harga sangat kompetitif.


