Canalys – Pengeluaran PC Global Meningkat Pada Q3 2024 Dengan Lenovo Teratas

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laporan terkini Canalys menunjukkan pengeluaran PC global meningkat pada suku ketiga 2024, dengan jumlah penghantaran desktop dan notebook (termasuk workstation) sebanyak 66.4 juta unit. Daripada jumlah tersebut, 53.5 juta unit adalah jumlah penghantaran untuk notebook, sementara itu baki 12.9 juta unit pula untuk penghantaran desktop.

image is not available

Mengulas berkaitan laporan tersebut Lenovo, HP dan Dell adalah tiga pesaing teratas dalam pasaran PC. Lenovo menjadi peneraju dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 2.8%, di samping penghantaran sebanyak 16.5 juta unit. Kemudiannya diikuti HP dengan penghantaran sebanyak 13.6 juta unit pada Q3 2024 dan menduduki tangga kedua keseluruhannya.

Dell dan ASUS pula berada di kedudukan ketiga serta keempat dengan penghantaran masing-masing sebanyak 9.8 juta dan 5.5 juta unit. Meskipun begitu ASUS mempunyai pertumbuhan purata tahunan tertinggi dalam kalangan pengeluar dengan peningkatan sebagai 16% tahun ke tahun. Sementara itu Apple melengkapkan carta ditangga kelima dengan 5.1 juta unit Mac yang dihantar.

image is not available

Meskipun pertumbuhan dilihat sederhana namun pemulihan segmen ini berjalan lancar dengan beebrapa petanda positif yang menunjukkan prestasi kukuh pada masa akan datang. Angka ini turut dijangka terus meningkat didorong pengenalan pemproses dengan teras AI terbina daripada Intel, AMD dan Qualcomm. Selain itu dibantu dengan lambakan aktiviti promosi yang turut bantu menyokong pertumbuhan menjelang akhir tahun ini.