Canon EOS C50 Dilancarkan – Kamera Perfileman Bingkai Penuh 32MP Dengan Rakaman 7K

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Canon EOS C50 merupakan model baharu dalam siri Cinema EOS yang direka khas untuk penggambaran profesional. Kamera perfileman ini hadir dalam reka bentuk yang padat, ringan dan mesra pengguna.

image is not available

EOS C50 dilengkapi dengan sensor CMOS bingkai penuh 32MP yang menyokong rakaman video RAW pada resolusi 7K/60P. Kamera ini juga menyokong rakaman 4K/120P dan 2K/180P menjadikannya sesuai untuk konteks penggambaran aksi pantas. Sokongan sistem auto fokus Dual Pixel CMOS AF II turut disediakan bagi memastikan penjejakan subjek yang lebih tepat.

image is not available

EOS C50 menyokong pelbagai format rakaman seperti Cinema RAW Light 12-bit, Canon Log 2, Canon Log 3, XF-AVC S dan XF-HEVC S untuk memberikan kebebasan kepada pengguna dalam proses suntingan. Ia juga menggunakan mount RF dan boleh dipadankan dengan lensa EF atau PL melalui penyesuai khusus. Sambungan audio juga lebih mudah melalui dua input XLR, terminal timecode, HDMI, USB-C dan tapak multi-fungsi.

image is not available

Kamera ini dilengkapi dengan dua slot kad, CF express Type B dan SD yang membolehkan rakaman dalam format berbeza dilakukan secara serentak. Ciri tambahan seperti rakaman ‘crop’ serentak dan sokongan ‘timecode’ turut menjadikan EOS C50 sebagai pilihan menarik untuk konteks perfileman masa moden.

View Original Article