Canon EOS R100 Dilancarkan Dengan Sensor 24.2 MP Dan Lebih Ringan

TechnologyDigital
25 May 2023 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Canon EOS R100 telah dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah lagi kamera nircermin yang menyasarkan kepada pengguna yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi. Ia juga diiklankan dengan tubuh lebih kompak dan ringan, di samping dipasarkan pada harga cukup mampu milik setakat ini.

image is not available

Kamera ini menggunakan sensor 24.2 MP ASP-C yang digabungkan dengan cip pemprosesan DIGIC 8. Ia boleh digunakan bersama kanta kamera di bawah siri RF dan RFS. Seterusnya turut menyokong kanda di bawah siri EF dan EFS apabila digabungkan bersama adapter Canon EF-EOS R yang dijual secara berasingan.

image is not available

Sokongan autofokus yang pantas boleh dinikmati menerusi sistem Dual Pixel CMOS terbina yang juga bergantung sepenuhnya pada penstabilan elektronik sahaja. Video pada tetapan 4K/60FPS turut boleh dirakam, dalam masa sama rakaman FHD juga disediakan. Fungsi Eye Detection AF dan Movie Digital IS dalam mod filem pula bantu memastikan subjek kekal fokus dan stabil sewaktu rakaman.

image is not available

Sokongan bluetooth dan Wi-Fi terbina juga membolehkan pengguna berkongsi gambar secara terus ke media sosial. Aplikasi Canon Camera Connect perlu dimuat-turun terlebih dahulu pada peranti pintar bagi tujuan berkenaan. Sebagai tambahan sokongan kad memori tunggal SD-UHS tunggal, mikrofon dan input Micro HDMI turut disertakan.

image is not available

Canon EOS R100 bakal dipasarkan bermula bulan Julai hadapan dengan harga bermula $479.99 (~RM2219) untuk tubuh sahaja. Kemudian meningkatkan kepada $599.99 (~RM2774) dengan lensa RF-S18-45mm F4.5-6.3 IS STM. Seterusnya $829.99 (~RM2774) dengan lensa RF-S18-45mm F4.5-6.3 IS STM dan RF-S55-210mm F5-7.1 IS STM.