Canon EOS R8 Dilancarkan Dengan Sensor 24.2MP Bingkai Penuh

TechnologyDigital
9 Feb 2023 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Canon EOS R8 turut dilancarkan pagi tadi sebagai kamera dengan sensor bingkai penuh paling ringan pernah dihasilkan oleh mereka. Ia dipasarkan sebagai kamera bingkai penuh untuk pengguna permulaan yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia fotografi.

image is not available

Ia sebuah kamera nircermin dilengkapi sensor 24.2MP CMOS bingkai penuh yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Digic X. Pemfokusan pantas dapat dinikmati menerusi sistem Dual Pixel CMOS AF II yang menangkap imej dalam masa 0.03 saat.

Ini memberikannya kemampuan menangkap gambar sehingga 40 bingkai sesaat menerusi pengatup digital. Tiada sistem IBIS seperti EOS R50 sebaliknya ia bergantung sepenuhnya kepada sistem OIS.

image is not available

Video boleh dirakam pada resolusi 4K 60p dengan ia boleh dilakukan secara berterusan sehingga 2 jam. Format yang disokong pula ialah 10-bit HDR atau profil C-Log 3 10-bit YCbCr 4:2:2 H.265. Menggunakannya sebagai kamera web juga boleh dilakukan.

Terdapat viewfinder elektronik OLED dengan 2.36 juta titik 120FPS dan sementara itu skrin sesentuh 3″ LCD di belakang boleh dikeluarkan untuk memudahkan rakaman swavideo.

Harga jualan Canon EOS R8 $1500 (~RM6459) untuk tubuh sahaja dan $1700 (~RM7320) dengan lensa kit RF 24-50mm.