CANRES Open Day dedahkan kerja penyelidikan preklinikal kanser

Health & Fitness
20 Oct 2022 • 4:00 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyelidikan preklinikal kanser, Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA atau CANRES, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan CANRES Open Day siri ketiga 2022, baru-baru ini.

image is not available
Zunita (baris kedua, tiga dari kiri) dan Sharifah Hishmah (dua dari kiri) bergambar kenangan di CANRES.

Menurut Pengarah Institut Biosainsnya, Profesor Dr Zunita Zakaria, program berkenaan dianjurkan bertujuan memberi kefahaman kepada pesakit mengenai proses pengenalpastian penawar dalam penyelidikan kanser.

“Kami berharap program yang dianjurkan ini dapat memberi kefahaman tentang kanser.

“Pada masa sama dapat melihat sendiri kerja keras para penyelidik dalam mencari penawar bagi penyakit itu.

“Selain itu, ini adalah satu program komuniti berbentuk lawatan ke makmal penyelidikan CANRES untuk memberi pendedahan mengenai tatacara penyelidikan dan peralatan makmal,” ujarnya seperti dipetik laman sosial Facebook universiti itu sempena program CANRES Open Day di UPM, Serdang, Selangor.

image is not available
Program berbentuk lawatan ini membantu kefahaman masyarakat mengenai kerja penyelidikan preklinikal kanser. Foto/Facebook UPM.

Laboratori Penyelidikan CANRES ditubuhkan pada 2005 dengan usahasama antara UPM dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam usaha menambah baik penyelidikan kanser.

Penubuhan CANRES adalah untuk menyelaras, mengintegrasi dan memusatkan penyelidikan kanser di UPM supaya hasil penyelidikan dapat dibangunkan, dikembangkan seterusnya dikomersialkan di bawah satu pengurusan.

image is not available
Sharifah Hishmah. Foto/Facebook UPM.

Penaung Persatuan Sokongan Kanser Negeri Perlis (PERKEN), Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin dalam ucapannya berharap program yang berbentuk lawatan itu dapat memberi kesedaran kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan.

“Saya percaya dengan adanya program sebegini ramai pesakit kanser akan dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan.

“Ini kerana, dengan adanya pengetahuan maka ia akan membawa seribu makna,” ujarnya lagi.

image is not available
Sesi penerangan dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kerja penyelidikan preklinikal kanser. Foto/Facebook UPM.

Sementara itu, menurut Norizam Yahya yang juga bekas pesakit kanser selama 14 tahun merakamkan penghargaannya atas inisiatif CANRES yang membawa mereka melihat sendiri proses pengenalpastian penawar dalam penyelidikan kanser.

“Ini satu pengalaman yang berharga bagi kami dan tidak akan dapat di mana-mana.

“Peluang yang diberikan ini sangat berharga seperti kami yang hadir pada hari ini,” ujarnya yang juga Yang dipertua PERKEN.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

View Original Article