Cantik, bijak, Hawa Rizwana tamatkan pengajian sarjana dengan cemerlang, kongsi tip bangun seawal 4 pagi

30 Nov 2022 • 3:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CANTIK dan bijak, pengacara serba boleh Hawa Rizwana Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman wanita muda yang sering menjadi inspirasi. Kelibatnya di kaca televisyen dengan petah berbicara menjadikan gadis berusia 27 tahun ini menjadi ikutan kaum Hawa.

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop itu baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.

Lebih manis lagi, Hawa berjaya menamatkannya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78! Menerusi laman sosial lnstagram, beliau turut menitip penghargaan buat mereka yang terlibat dalam kejayaan.

image is not available

“Terima kasih kepada pensyarah, rakan sekelas, rakan sekerja, famili dan kawan-kawan.

“Saya tidak akan berada di sini tanpa anda semua,” katanya.

Bekerja sebagai wartawan penyiaran, penyampai radio dan berita dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran, prosesnya tentu tidak mudah.

Kepada SinarPlus, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini berkongsi bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.

image is not available

“Mengapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Pun demikian, saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.

“Lazimnya, saya memulakan hari dengan mendengar video motivasi pagi. Banyak petikan kata-kata yang menyuntik jiwa saya. Antaranya berbunyi seperti: “Mulakan pagi anda dengan baik, maka perjalanan hari anda akan menjadi baik,“ katanya.

image is not available

Wanita kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu juga memastikan segala apa yang dilaksanakan mestilah bermula dengan niat atau nawaitu.

“Kalau baik, insya-ALLAH segenap perkara yang mahu dibuat akan dipermudahkan-NYA.

“Formula itu sebenarnya saya turut implemenkan sebelum berjumpa sesiapa, tidak kira untuk bermesyuarat, mengendalikan sesuatu rancangan atau program siaran langsung, malah sebelum ke rumah rakan-rakan atau keluarga untuk acara makan,” katanya.

image is not available

Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.

“Bukan apa, saya tidak mahu wujud penyesalan pada kemudian hari. Saya juga mahu lebih berani dan tidak mahu berlengah dalam mengejar sesuatu yang diimpikan.

“Menyentuh tentang bab ‘tidak mahu berlengah‘, bagi saya ia juga merupakan satu tantangan. Pun begitu, saya sentiasa mengatur objektif dan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari-hari mendatang.

“Ingat, kalau empat daripada enam perkara dapat dilangsaikan sudah cukup baik. Inti pati yang berbaki, kita uruskan kemudian dengan pendekatan lebih sistematik,” katanya.

image is not available

Kejayaan Hawa menerima ucapan tahniah daripada selebriti dan warga maya.

image is not availableimage is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan