Cantik! Nampak segar, maskot Beruang Matahari & logo Tahun Melawat Malaysia 2026 dipuji

LocalTravel
7 Jan 2025 • 2:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rasmi dilancarkan semalam, maskot Beruang Matahari, masing-masing jantan dan betina yang mengenakan sepersalinan bercorak batik sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026, VM2026) telah menerima pujian warganet.

Selain maskot rasmi, logo VM2026 yang bermotifkan batik dan bunga raya dipertontonkan buat pertama kalinya pada pesawat Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia sebagai simbol kesiapsiagaan negara menyambut pelancong dari seluruh dunia.

Malah, turut diperkenalkan lagu rasmi Surreal Experiences bagi memberikan pengalaman mempesona yang ditawarkan Malaysia, sekali gua menarik pelancong luar negara.

image is not available

Difahamkan, logo VM2026 itu mengetengahkan kekayaan budaya Malaysia selain meletakkan keindahan semula jadi dan daya tarikan global.

Dalam pada itu, Tourism Malaysia turut menjelaskan maskot beruang matahari yang diberi nama Wira dan Manja bukanlah hasil janaan sistem Artificial Intelligence (A.I).

“Beruang Matahari Malaya, spesies terancam yang membanggakan dan simbol komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar, telah diguna pakai sebagai ikon rasmi untuk kempen tersebut.
“Direka dalam gaya animasi yang menggembirakan, Beruang Matahari Malaya bertujuan untuk menarik perhatian semua peringkat umur, membangkitkan rasa kemesraan dan kegembiraan, serta meningkatkan lagi imej Malaysia sebagai destinasi yang mengalu-alukan pelancong,” maklum Tourism Malaysia menerusi siaran media di laman sesawang rasmi agensi tersebut.

image is not available

Maskot Beruang Matahari Tahun Melawat Malaysia 2026 dipuji

Meninjau di media sosial, logo serta maskot rasmi VM2026 itu menjadi tumpuan dan bualan ramai apabila kedua-duanya tampil unik serta menarik.

Bukan itu sahaja, ramai akui terkejut apabila beruang matahari dipilih sebagai maskot rasmi, namun tetap memuji kelainan yang cuba dibawa terutama tipografi untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Warganet turut bertanyakan sama ada Wira dan Manja akan dijadikan barangan cenderamata dan Tourism Malaysia mengesahkan pihaknya sedang dalam perancangan untuk membuatnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebagai persediaan menuju VM2026, Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 akan berlangsung pada 8 Februari depan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur yang dijangka menarik lebih 20,000 peserta.

MSMR 2025 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Locco yang terkenal dengan acara Keretapi Sarong yang mempamerkan keharmonian pelbagai budaya Malaysia melalui pemakaian sarung.