Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pelajar pastinya mempunyai bakat tersendiri namun ia adalah tugas ibu bapa dan juga guru untuk mencungkilnya. Malah kelebihan ini jika diasah dengan betul boleh menjadikan mereka sebagai individu yang berjaya dalam sesuatu bidang itu.
Lukisan pelajar PPKI raih pujian ramai
Baru-baru ini tular satu video memaparkan hasil seni yang dilakukan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari SMK Pengkalan Aur, Taiping, Perak.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seramai lapan pelajar autism PPKI itu menunjukkan karya mereka yang terdiri daripada pelbagai tema lukisan.
Pelajar tampil dengan pelbagai tema lukisan
Dalam video tersebut, kelihatan pelajar pertama menunjukkan lukisannya yang terpapar gambar bunga rafflesia yang mekar di dalam hutan.
Manakala pelajar kedua pula menunjukkan lukisan penyu yang sedang berenang di dalam lautan biru.
Pelajar ketiga melukis seekor burung berwarna hitam dan kebiruan yang sedang hinggap di sebatang ranting dipercayai pokok bunga raya berwarna merah.
Ada tampil lukisan haiwan turut beri pelbagai aura
Seorang lagi pelajar menunjukkan Harimau Malaya yang sedang berada di dalam hutan dengan wajah yang garang.
Pelajar kelima pula menunjukkan lukisan dua kuntum bunga raya yang berwarna merah. Manakala tiga lagi pelajar membuat lukisan bertemakan kucing.
Meskipun mereka mempunyai tema yang sama namun setiap di antaranya menggunakan warna berlainan dan secara tidak langsung memberikan aura yang berbeza.
Sebagai contoh pelajar keenam menunjukkan seekor kucing putih dengan mata biru seperti sedang berada di ladang bunga atau lavender. Dalam lukisan tersebut ia secara tidak langsung memberikan aura yang tenang dan damai.
![Image from: “Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-7.jpg)
Manakala pelajar ketujuh pula menunjukkan kucing diwarna menggunakan warna yang gelap yang seolah-olah menunjukkan kesunyian dengan riak wajah kucing yang kelihatan seperti bersedih.
![Image from: “Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-8.jpg)
Pelajar terakhir pula menggunakan warna merah dengan latar gelap yang memberikan sifat seperti garang atau keberanian.
Video sama turut tular dan dikongsikan di Threads dan mendapat pujian ramai.
Dalam beberapa lagi hantaran, akaun sekolah berkenaan turut berkongsi momen para pelajar itu menyiapkan lukisan mereka. Bahkan lukisan kucing seperti kesunyian itu juga sudah dijual.
@ppkismkpengkalanaur The product Of AUTISM Child in PPKI AURIAN #creatorsearchinsights #autism
♬ Dancing Queen – ABBA
@ppkismkpengkalanaur Replying to @Iseul Amaya Gundei masih available #creatorsearchinsights
♬ original sound – Ena – Ena
@ppkismkpengkalanaur Replying to @demetri4lvto ALHAMDULILLAH, this one lovely cat Already SOLD OUT Thankyou for all supporter out there.Kami sangat menghargai sokongan anda semuathey are special in their wayrezeki mereka #creatorsearchinsights
♬ original sound – ppkismkpengkalanaur – ppkismkpengkalanaur
Ramai puji lukisan pelajar PPKI, siap ada yang nak beli
Memindai di ruangan komen, ramai yang teruja dengan lukisan yang dihasilkan oleh pelajar PPKI berkenaan.
Malah ramai yang memuji ia begitu cantik selain mengatakan lukisan mereka mungkin boleh dikomersialkan.
Bukan hanya itu, ramai juga yang berminat untuk membeli beberapa lukisan yang ditunjukkan.
Pihak sekolah turut memaklumkan mereka sememangnya ada menjual lukisan-lukisan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan.
“Balai Seni Negara boleh wujudkan slot artis cilik istimewa untuk kita hargai seni dan bakat anak-anak PPKI”
![Image from: “Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-1.jpg)
“Lukisan kucing putih latar belakang ungu tu jual tak”
![Image from: “Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-2.jpg)
“Adik, acik masih dengan orang lidi dah 40 tahun ni”
![Image from: “Cantik & So Talented”- Ramai Teruja Lihat Hasil Lukisan Pelajar Pendidikan Khas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lukisan-3.jpg)
